Pembuangan sisa toksik disyaki punca pencemaran bau di tiga taman di Johor Bahru

Jimmy Puah kawasan pencemaran bau yang dikesan.
Jimmy Puah kawasan pencemaran bau yang dikesan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pembuangan haram sisa toksik ke Sungai Tebrau disyaki punca berlakunya pencemaran bau di Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini, awal pagi Selasa.

Menurut Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kampung Tawakal dan Sungai Kim-Kim sebelum ini.

"Pencemaran bau itu boleh menyebabkan sesak dada. Malah, ketika saya mengadakan lawatan ke lokasi berkenaan, masih terdapat bau yang kurang menyenangkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk rekod, penduduk di tiga kawasan perumahan, Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini, diancam pencemaran bau seperti bahan kimia sejak tengah malam tadi sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Jimmy Puah diberikan taklimat oleh pegawai bomba di lokasi kejadian.
Jimmy Puah diberikan taklimat oleh pegawai bomba di lokasi kejadian.

Jimmy Puah berkata, pembuangan sisa toksik secara haram tidak sepatutnya berlaku dan pihak kerajaan tidak akan berkompromi mengenai keselamatan rakyat.

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Bagi mengelakkan masalah ini berulang, kerajaan telah meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 2024 dengan menaikkan denda sehingga RM10 juta dan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!