Tukang masak terkejut terima periuk selepas dua tahun batal tempahan
NEW YORK - Seorang tukang masak berkongsi pengalaman peliknya dalam platform X bahawa dia baru menerima pesanan sebuah periuk bertekanan tinggi yang dibatalkan dua tahun lalu dalam sebuah kedai membeli-belah dalam talian, Amazon.
Dalam ciapan itu, lelaki bernama Jay menceritakan dia membeli periuk tersebut di Amazon pada tahun 2022 dan kemudian membatalkannya serta telah pun menerima bayarannya semula.
Bagaimanapun, dua tahun kemudian pesanan yang dibatalkan itu tiba-tiba muncul di rumahnya.
"Terima kasih Amazon kerana menghantar pesanan saya selepas dua tahun," menurut ciapannya di X.
Ciapan Jay tular di media sosial dan ramai netizen menggelar fenomena itu sebagai 'penghantaran dari planet Marikh',
Seorang netizen membuat ciapan lucu dengan menyatakan periuk itu berkemungkinan dibuat oleh seorang tukang paling mahir.
"Anda sepatutnya gembira kerana ia ditempah khas... dan diperbuat daripada bahan aluminium paling terkecil," katanya.
Pengguna media sosial lain juga membuat ciapan sama dengan menyatakan periuk itu datang dari alam semesta dan terpaksa mengambil masa dua tahun untuk dihantar kepada penerimanya.
"Ia adalah periuk paling berpestij dan edisi terhad. Anda bertuah kerana dipilih untuk memilikinya," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!