Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rasa seperti mati, hidup semula - Mangsa dihempap kayu balak

04 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rasa seperti mati, hidup semula - Mangsa dihempap kayu balak

Mangsa yang dihempap kayu balak terjatuh dari lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Gua Musang pada 9 Julai lalu telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/683490/edisi/kelantan/rasa-seperti-mati-hidup-semula---mangsa-dihempap-kayu-balak

Muzik: Hindsight dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kelantan