England terpaksa lupakan tiga tonggak

Gambar dari kiri: Phil Foden, Ollie Watkins, Cole Palmer
Gambar dari kiri: Phil Foden, Ollie Watkins, Cole Palmer
A
A
A

THE Three Lions terpaksa melupakan khidmat tiga pemain tonggak Cole Palmer, Ollie Watkins dan Phil Foden dari aksi Liga Negara-Negara yang kembali menyingkap tirai bulan ini.

Persatuan Bola Sepak England berkata, pemain Chelsea, Palmer dan Watkins (Aston Villa) masih mengalami kecederaaan.

"Palmer dan Watkins telah kembali ke kelab masing-masing selepas penilaian untuk meneruskan sesi pemulihan mereka," kata badan induk bola sepak England berkenaan selepas pemain-pemain melaporkan diri ke St George's Park.

Dalam pada itu, tonggak Manchester City Foden berusia 24 tahun yang dipanggil pengendali sementara England, Lee Carsley tidak melaporkan diri kerana sakit juga diketepikan daripada perlawanan Three Lions.

Anak buah Carsley akan ke Dublin menentang Ireland bagi saingan Liga B Kumpulan 2 pada Ahad sebelum menerima kunjungan Finland di Wembley tiga hari kemudian.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!