Rai kejayaan Cheah Liek Hou, filem Gold ditayang semula

Bagi meraikan kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro Shaw membawakan kembali filem Gold ke pawagam GSC terpilih mulai 5 September.
Bagi meraikan kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro Shaw membawakan kembali filem Gold ke pawagam GSC terpilih mulai 5 September.
A
A
A

BAGI meraikan kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Astro Shaw membawakan kembali filem Gold ke pawagam GSC terpilih mulai 5 September.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Gold merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, tayangan filem yang diinspirasikan daripada kisah Cheah Liek Hou sejak kecil sehinggalah bergelar atlet bertaraf dunia akan ditayangkan untuk tempoh terhad.

“Tahniah Cheah Liek Hou atas kejayaan ‘gold’ ini.

Beliau telah membawa harapan dan impian Malaysia bersama beliau di persada dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kami amat berbangga dengan perjalanan luar biasa beliau serta semangat yang ditunjukkan.

Dedikasi beliau seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua.

"Bagi berkongsi rasa penghargaan ini, kami membawakan semula filem Gold ke pawagam terpilih untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghayati kisah kejayaan jaguh dunia ini.

Kemenangan ini kita raikan bersama," katanya dalam satu kenyataan.

Filem ini juga kini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka.

Artikel Berkaitan:

Gold dibintangi pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil (Rashid Sidek), Wan Raja (Misbun Sidek), Fabian Loo (Guan Ting,) Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Ia mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!