Pahang terima lapan ambulans berharga RM3.64 juta

Antara ambulans jenis A yang diserahkan untuk kegunaan hospital di negeri ini.
Antara ambulans jenis A yang diserahkan untuk kegunaan hospital di negeri ini.
A
A
A

KUANTAN - Pahang menerima lapan ambulans jenis A berharga RM3.64 juta untuk kegunaan enam hospital di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perolehan ambulans berkenaan diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan 45 unit kenderaan ambulans untuk negeri Pahang.

Menurutnya, sebanyak 37 lagi merupakan ambulans jenis B yang akan dibekalkan secara berperingkat pada November ini dan Julai tahun hadapan.

Wan Rosdy meninjau kemudahan yang disediakan dalam ambulans yang diserahkan untuk kegunaan hospital di negeri ini.
Wan Rosdy meninjau kemudahan yang disediakan dalam ambulans yang diserahkan untuk kegunaan hospital di negeri ini.

"Dua daripada ambulans bernilai RM455,000 setiap satu termasuk peralatan yang telah diterima ini akan diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

"Dua lagi kepada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dan masing-masing satu untuk Hospital Pekan, Hospital Bentong, Hospital Lipis dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Ambulans Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Artikel Berkaitan:

Wan Rosdy (tujuh dari kanan) bersama wakil hospital yang menerima ambulans jenis A pada Majlis Penyerahan Ambulans Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.
Wan Rosdy (tujuh dari kanan) bersama wakil hospital yang menerima ambulans jenis A pada Majlis Penyerahan Ambulans Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Wan Rosdy berkata, kemudahan ambulans akan dibekalkan kepada hospital lain di negeri ini secara berperingkat pada masa akan datang mengikut keutamaan dan keperluan.

"Kerajaan Negeri Pahang menghargai inisiatif KKM dan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

"Saya berharap lebih banyak lagi inisiatif KKM dalam meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Pahang," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!