Kes pemerdagangan manusia babit bekas timbalan menteri dilakukan secara terperinci

Saifuddin Nasution. Foto Bernama
Saifuddin Nasution. Foto Bernama
A
A
A

TANAH MERAH - Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan kes pemerdagangan orang yang dikaitkan dengan bekas seorang timbalan menteri.

Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata. sehingga kini kertas siasatan sudah dibuka dan beberapa individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, laporan yang diterima daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, polis sedang berusaha melihat semua aspek dalam siasatan berkaitan kes itu termasuk mengesan penulis artikel itu.

"Apabila semua pihak boleh memberi kerjasama, polis akan melengkapkan siasatan dalam tempoh yang munasabah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah, Jabatan Imigresen Malaysia pada Rabu.

Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut jumlah individu yang dipanggil dan menyerahkan siasatan lanjut kepada polis.

Media pada Selasa melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara Indonesia untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami.

Polis turut mengesan seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mashitah menafikan ada kaitan dengan jenayah itu dan sudah membuat laporan serta memberi keterangan di Bukit Aman.

Beliau juga tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam dakwaan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!