Kerajaan umum perubahan penempatan, lantikan baharu Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam

Kerajaan mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan dalam pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
Kerajaan mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan dalam pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan dalam pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaksanaan tersebut seiring dengan hasrat kerajaan untuk melakukan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepemimpinan tertinggi.

Menurutnya, perubahan itu dilaksanakan bagi mendepani era baharu perkhidmatan kerajaan susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi dan penghayatan prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan raja serta negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Berikut adalah senarai yang diumumkan:

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusoff.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Nik Jeman.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Razman Abu Samah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!