'Áda yang minta tolong kerajaan selepas kalah judi'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditemui pemberita selepas merasmikan Baitul Mahabbah di Depot Imigresen Tanah Merah pada Rabu. Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditemui pemberita selepas merasmikan Baitul Mahabbah di Depot Imigresen Tanah Merah pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

TANAH MERAH - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan ada rakyat Malaysia yang keluar negara untuk berjudi tetapi meminta bantuan kerajaan jika mengalami masalah.

Beliau memberitahu perkara itu selepas memaklumkan berlaku trend peningkatan jenayah rentas sempadan terutama membabitkan kawasan sempadan Thailand dan Myanmar.

Menurut Saifuddin, kerajaan mempunyai senarai mereka yang sudah dan akan diselamatkan.

"Ada yang kita bawa balik, dia pergi semula, ada juga yang pergi bukan kerana diseludup tetapi kena scam.

"Ada juga yang diseludup pun tidak, scam pun tidak tetapi pergi berjudi, dia kalah, pinjam along kemudian tidak boleh balik.

"Individu itu menelefon kita dan maklumkan dia jadi mangsa scam, kita pergi selamatkan, selesai duit hotel dan bawa balik ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah Jabatan Imigresen di Depot Imigresen Tanah Merah pada Selasa.

Saifuddin menjelaskan, isu jenayah rentas sempadan antara perkara yang dibincangkan dalam Persidangan Menteri ASEAN di Laos minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

"Banyak perkara lain yang turut dibincangkan termasuk senjata api, pengedaran dadah, jenayah siber dan pemerdagangan manusia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!