Polis berjaya kesan pemandu lawan arus

Video tular memaparkan kenderaan SUV yang dipandu secara melawan arus.
Video tular memaparkan kenderaan SUV yang dipandu secara melawan arus.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sudah mengenal pasti pemandu yang didapati memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Impian Emas pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Balveer Singh Mahindar Singh, kejadian berlaku sekitar jam 1.58 tengah hari itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun aplikasi X dan video tular itu memaparkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus.

"Siasatan polis mendapati kejadian melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 warna yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Persiaran Emas, Skudai.

"Polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, untuk kesalahan pertama.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!