Insentif rebat Rahmah Pengamal Media guna pelan prabayar secara sekali beri bulan ini

Pengamal media yang menggunakan pelan prabayar bakal menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media secara sekali beri pada bulan ini - Gambar hiasan
Pengamal media yang menggunakan pelan prabayar bakal menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media secara sekali beri pada bulan ini - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengamal media yang menggunakan pelan prabayar bakal menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media secara sekali beri pada bulan ini, bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa bertugas.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan insentif sempena Bulan Kebangsaan 2024 itu, terbuka kepada pengamal media warga Malaysia dan pemegang Kad Perakuan Media dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang masih aktif.

Kenyataan itu memaklumkan insentif itu terbuka untuk pengamal media yang sedang melanggan pelan prabayar dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, Tunetalk, XOX Com dan YTL Communications.

"Pengamal media yang layak perlu mengemas kini nombor telefon prabayar dan maklumat lain berkaitan melalui Sistem eMedia JAPEN di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 10 Sept, untuk menikmati insentif ini bermula 16 September depan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat lanjut Insentif Rebat Prabayar Rahmah Pengamal Media akan diumumkan syarikat telco terlibat.

Soalan Lazim (FAQ) boleh dirujuk di pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!