Paris 2024: Suresh tersingkir, tak terdaya kekang kebangkitan jaguh Iran

Suresh beraksi ketika menentang pemanah Iran Mohammad Reza dalam pusingan penyingkiran 1/8 recurve individu lelaki terbuka Sukan Paralimpik Paris 2024 di Stade de France hari ini. - Foto: Bernama
Suresh beraksi ketika menentang pemanah Iran Mohammad Reza dalam pusingan penyingkiran 1/8 recurve individu lelaki terbuka Sukan Paralimpik Paris 2024 di Stade de France hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A
PANAHAN jaguh memanah para negara, S Suresh pada Sukan Paralimpik Paris 2024 terhenti selepas tersingkir dari pusingan penyingkiran 1/8 di Invalides, di sini hari ini.

Suresh yang tampil buat kali kedua di Sukan Paralimpik tumpas kepada pilihan kelima dan jaguh Iran, Mohammad Reza Arab Ameri, 2-6.

Suresh bermula baik apabila mendahului set pertama 2-0 sebelum Mohammad Reza yang beraksi dengan kerusi roda melakar kebangkitan apabila menang tiga set berikutnya untuk mara ke suku akhir.

Atlet berusia 31 tahun itu memulakan saingan di sebelah pagi dengan bergaya apabila menyingkirkan lawan yang pernah ditewaskannya ketika muncul juara dunia 2019 di Belanda iaitu Eric Bennett dari Amerika Syarikat, 6-2.

Mohammad Reza pula mara ke pusingan penyingkiran 1/8 selepas menundukkan wakil Azerbaijan Jahan Musayev, 6-4.
Artikel Berkaitan:


Khamis lepas, Suresh menamatkan pusingan ranking pada kedudukan ke-12 selepas mencatatkan 625 mata dan memperbaharui catatan terbaiknya iaitu 596 mata yang dilakukan pada saingan Ranking Memanah Para Dunia di Republik Czech, Jun lepas.

Di sebalik keputusan hari ini, pemanah dari Kedah itu berjaya memperbaiki prestasi di Paris 2024 selepas dihantar pulang lebih awal dalam pusingan penyingkiran 1/16 oleh atlet Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bato Tsydendorzhiev, 2-6 pada Tokyo 2020. - Foto: Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!