[VIDEO] Bapa sebak lihat anak dikuarantin

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang ayah menangis kerana tidak dapat memeluk anaknya dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang ayah menangis kerana tidak dapat memeluk anaknya dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.
A
A
A

CHINA – Seorang ayah tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat memeluknya anaknya dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.

Video menyentuh hati itu dikongsikan Azmil Awalluddin melalui akaun YouTubenya yang memaparkan lelaki terbabit hanya mampu memandang anaknya melalui cermin kaca wad di hospital berkenaan.

Menerusi video tersebut, anaknya itu seakan-akan menghulurkan tangan meminta si ayah mendukungnya menyebabkan ayahnya menangis.

Bagaimanapun, punca anak tersebut dikuarantinkan tidak dapat dipastikan sama ada ia berkait dengan wabak koronavirus atau sebaliknya.

Tangkapan layar video yang memaparkan seorang ayah menangis kerana tidak dapat memeluk anaknya dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.
Tangkapan layar video yang memaparkan seorang ayah menangis kerana tidak dapat memeluk anaknya dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.

Dalam pada itu, video yang tidak pasti lokasi sebenar kejadian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 18,000 tontonan.

“Menangis aku tengok video ini. Kalau aku di tempat dia pun memang aku menangis sebab tak dapat nak pegang anak sendiri. Semoga mereka berdua diberi kesihatan yang sempurna,” tulis Ah Jin Xieng.

Ian Choo pula memberitahu, “Rasanya, ini mesti dikuarantin sebab koronavirus. Kasihan tengok ayah dan bayinya terpaksa berpisah. Sedih bila tengok ayah dia menangis,”.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!