IHH Healthcare Malaysia perkenal True Value bantu pesakit

Antara pengamal media yang terlibat dengan lawatan berpandu di Pusat Perubatan Prince Court pada Rabu.
Antara pengamal media yang terlibat dengan lawatan berpandu di Pusat Perubatan Prince Court pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar, IHH Healthcare Malaysia di bawah Pusat Perubatan Prince Court memperkenalkan True Value kepada pesakit dengan memanfaatkan teknologi canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, Dr Shuba Srinivasan berkata, inisiatif tersebut menonjolkan integrasi teknologi perubatan terkini dengan penjagaan berkualiti tinggi untuk kecekapan kos dan masa.

Dr Shuba
Dr Shuba



Menurutnya, antara True Value tersebut adalah mengutamakan diagnosis yang tepat, menawarkan pelan rawatan yang disesuaikan dan menggunakan prosedur yang minimum.

“Kami juga menawarkan penjagaan kecemasan yang sangat responsif dan penjagaan kesihatan melalui inovasi serta penjagaan yang berpusatkan pesakit.

“Kami menyokong pesakit bermula mereka masuk ke hospital dengan menyediakan diagnosis tepat menggunakan teknologi terkini hingga pemilihan pelan rawatan untuk pemulihan,” katanya semasa program True Value Metaverse Health Hunt yang dianjurkan khusus kepada pengamal media di pusat perubatan tersebut pada Rabu.

Aktiviti permainan video kepada pengamal media bagi memperkenalkan True Value pusat perubatan berkenaan.
Aktiviti permainan video kepada pengamal media bagi memperkenalkan True Value pusat perubatan berkenaan.

Program itu bagi menghargai pengamal media dengan melaksanakan lawatan berpandu pertama di Prince Court untuk menunjukkan kecekapan penjagaan kesihatan yang memenuhi keperluan pelbagai komuniti.

Dalam pada itu, pengamal media yang hadir turut menerima sagu hati dompet digital (e-Wallet) Touch and Go sempena aktiviti permainan video yang dijalankan dengan pemenang tempat pertama menerima hadiah berupa penginapan dua hari satu malam di sebuah hotel di pusat bandar.

Artikel Berkaitan:

Tempat kedua pula menerima hadiah saringan kesihatan percuma di pusat perubatan berkenaan manakala pemenang tempat ketiga menerima baucar bufet makan malam di sebuah hotel.

Sementara itu, Dr Shuba berkata, motosikal elektrik ambulans pertama hospital swasta di Malaysia turut diperkenalkan kepada pengamal media semasa program berkenaan.

Ujarnya, ia mencerminkan dedikasi pusat perubatan tersebut terhadap pengalaman penjagaan kesihatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit.

"Motosikal elektrik ambulans ini memudahkan dan lebih cepat digunakan untuk bantu pesakit di kawasan Kuala Lumpur.

“Pesakit akan pulih dengan lebih cepat dan merasa disokong pada setiap langkah sekali gus membawa kepada pengalaman yang baik,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!