Pesara kumpul basikal klasik dari England

Abdul Aziz mula mengumpul semua basikal klasik itu sejak tahun 2000 dan kini memiliki lebih 50 basikal pelbagai jenis yang dibeli dari England.
Abdul Aziz mula mengumpul semua basikal klasik itu sejak tahun 2000 dan kini memiliki lebih 50 basikal pelbagai jenis yang dibeli dari England.
A
A
A

KANGAR - Seorang pesara syarikat swasta menjadikan minat mengumpul basikal klasik dari England sebagai terapi yang boleh menenangkan minda sejak 20 tahun lalu.

Abdul Aziz Ku Sulung, 58, berkata, dia mula mengumpul semua basikal klasik itu sejak tahun 2000 dan kini memiliki lebih 50 basikal pelbagai jenis yang dibeli dari England.

“Basikal paling lama saya miliki adalah basikal tiga roda tahun 1892.

“Saya membelinya pada harga RM10,000. Saya akan memperuntuk masa sekitar tiga jam setiap minggu untuk menjaga basikal ini dengan menggilap dan meletakkan minyak pada rantainya.

“Sebagai pesara yang tiada aktiviti lain, minat ini menjadi terapi yang menenangkan saya,” cerita beliau yang merupakan ahli Kelab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia.

Antara deretan basikal lama yang dimiliki Abdul Aziz.
Antara deretan basikal lama yang dimiliki Abdul Aziz.

Semua basikal klasik itu dibelinya dari England kerana mudah untuk mencari kenderaan unik itu memandangkan terdapat rakannya yang bekerja di sana.

Abdul Aziz berkata, basikal yang dibeli akan dihantar menggunakan kapal laut dan kebiasaannya mengambil masa dua bulan sebelum sampai kepadanya.

Artikel Berkaitan:

“Urusan pembelian lebih mudah dengan bantuan kawan berkenaan. Dia bantu saya tengok keadaan setiap basikal sebelum saya setuju untuk beli dan buat bayaran,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Beberapa basikal itu diletakkan di rumahnya manakala selebihnya diletakkan di sebuah stor berhampiran rumah yang disewanya dengan bayaran RM30 sebulan.

Katanya, ada ketika dia mengayuh basikal itu ke kedai atau ke rumah jiran berdekatan.

No Image Caption

“Seronok memiliki basikal klasik. Setiap hari kita dapat mengimbau nostalgia lama. Lagi pun senang untuk dijaga kerana basikal tidak ada enjin,” katanya.

Selain basikal klasik, Abdul Aziz juga memiliki koleksi basikal perang dari England dan Switzerland.

Menurut Abdul Aziz, ramai kenalan dari media sosial selalu merisik harga basikalnya dan menyatakan hasrat mereka mahu membelinya pada harga dua kali ganda daripada harga modal namun dia masih belum bersedia menjualnya.

“Buat masa ini memang saya tak ada perancangan nak jual sebab sayang sangat.

“Tetapi mungkin suatu hari nanti akan dijual juga memandangkan anak saya tidak meminati basikal,” ujarnya.

Lelaki ini juga berpandangan, orang muda boleh memiliki hobi seperti itu kerana ia boleh mendatangkan hasil lumayan walaupun modal permulaan agak mahal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!