Muntah makan kuetiau celup ‘berlauk’ lipas

Bangkai lipas yang dijumpai dalam kuetiau celup.
Bangkai lipas yang dijumpai dalam kuetiau celup.
A
A
A

KOTA BHARU - Keenakan dua sahabat menjamu selera terhenti apabila menjumpai bangkai lipas dalam kuetiau celup yang sedang dimakan di sebuah kedai makan di sini pada Rabu

Salah seorang daripada mereka turut muntah akibat loya selepas separuh daripada semangkuk kuetiau celup itu sudah dimakan olehnya.

Napisah Che Wil dan Fatina Abdul Rahim masing-masing berusia 45 tahun pergi ke kedai makan itu pada jam 4 petang dan membuat pesanan dua mangkuk kuetiau celup spesial berlaukkan isi ayam, daging, perut lembu serta telur mata.

Kata Napisah, dia yang sudah makan tiga sudu kuetiau terkejut apabila ternampak kaki lipas dalam sup.

Mereka sempat bergambar sebelum makan.
Mereka sempat bergambar sebelum makan.

“Saya seterusnya nampak badan lipas yang sudah tinggal separuh lalu menceduk dengan sudu dan menunjukkan kepada Fatina.

“Kami sama-sama tercengang dan terus berhenti makan sambil Fatina perlahan menyebut “lipas”,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Napisah yang juga kakitangan awam terbabit berkata, mereka membawa bangkai lipas tersebut dan menunjukkan kepada seorang wanita yang berada di kaunter, tetapi tidak pasti sama ada dia pekerja atau tauke kedai tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kami bercakap perlahan-lahan takut didengari orang lain dan cuba untuk menjaga air mukanya.

“Dia hanya balas dengan jawapan “mari dari mana lipas”,” katanya.

Napisah memberitahu, mereka mahu membayar semua makanan yang dimakan termasuk semangkuk air batu campur dan sebungkus lagi bihun celup yang dipesan, namun wanita tersebut menolak.

“Dia hanya meminta kami membayar satu mangkuk kuetiau celup spesial dan air batu campur dengan harga RM13.

“Selepas itu, kami keluar dari kedai makan tersebut dan Fatina muntah di tandas sebuah stesen minyak ketika dalam perjalanan pulang,” katanya yang sangat kecewa dengan kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!