Maszlee beri reaksi siasatan projek 1BestariNet

Laporan Sinar Harian (kiri), Maszlee
Laporan Sinar Harian (kiri), Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Rabu memberi reaksi berhubung siasatan yang mula dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek 1BestariNet.

Menerusi aplikasi X miliknya, beliau memuat naik kenyataan ringkas iaitu akhirnya.

Tangkap layar hantaran Maszlee di laman X pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Maszlee di laman X pada Rabu.

Menerusi media sosial itu juga, Maszlee turut membuat hantaran mengimbau kembali tentang surat pekeliling bertarikh 27 Jun 2019 mengenai perkhidmatan talian internet di sekolah.

Dalam pekeliling tersebut, sejak 2012 1BestariNet telah membantu KPM menyediakan talian internet dan aplikasi persekitaran pembelajaran virtual (VLE) kepada 10,211 sekolah di seluruh negara.

Menurut surat berkenaan, selepas tujuh tahun, kontrak perkhidmatan itu akan tamat pada 30 Jun 2019 dan mulai 1 Julai 2019 perkhidmatan talian internet ke sekolah seluruh negara akan dibekalkan oleh tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

Pekeliling itu juga menyatakan tiga syarikat ISP tersebut akan menyediakan perkhidmatan talian internet ke beberapa bahagian KPM dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) seluruh negara.

Susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran Google Classroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan (KPM) bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

@sinarharianonline

Maszlee beri reaksi siasatan projek 1BestariNet #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #MaszleeMalik #SPRM #1BestariNet

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!