'Masih awal untuk katakan SG4 bercanggah dengan kerajaan Persekutuan' - Penyelidik

Anis Anwar
Anis Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Penubuhan SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) tidak bertentangan dengan matlamat kerajaan Persekutuan walaupun mempunyai sedikit perbezaan daripada segi penjenamaan yang dibawa.

Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi berkata, masih awal untuk menentukan sama ada SG4 bercanggah atau tidak tetapi ia boleh dinilai menerusi beberapa aspek bagi membandingkannya dengan hala tuju kerajaan.

"Panduan asas SG4 adalah berkaitan lima kluster antaranya infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan; pertanian dan sekuriti makanan serta sebagainya.

"Dalam konteks ini, elemen yang dinyatakan dalam kluster berkenaan turut 'dicover' kerajaan Persekutuan menerusi agenda Ekonomi Madani. Jadi, matlamat asas antara kedua-dua pihak tidak jauh beza.

"Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut mengakui bahawa ini adalah bentuk persaingan sihat. Kita ada persamaan iaitu menerusi usaha membawa masuk teknologi pemprosesan unsur nadir bumi (REE) ke dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 454 'SG4: Antara potensi dan kontroversi' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Zuhdi Marsuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), Muhtar Suhaili.

Artikel Berkaitan:

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Zuhdi Marsuki (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), Muhtar Suhaili (dua dari kiri)
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Zuhdi Marsuki (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), Muhtar Suhaili (dua dari kiri)

Mengulas mengenai pelaburan langsung asing (FDI), Anis Anwar memaklumkan, kestabilan politik merupakan peranan utama untuk menarik minat pelabur luar kerana ia menjamin kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

Ujarnya, kini perkara tersebut belum ketara kerana SG4 dan kerajaan Persekutuan mempunyai garis panduan serta perlembagaan yang 'memandu' kedua-dua pihak supaya tidak bercanggah daripada laluan asal.

"Saya kira dalam konteks ini SG4 dan Kerajaan Persekutuan faham had tersebut. Jadi, ancaman kepada kegoyahan pelabur itu belum ketara selagi kerjasama antara kedua pihak masih dijaga.

"Pelabur luar ada penilainya untuk lihat keadaan negara itu. Sekiranya kita kekal dengan sikap tersebut, maka ia boleh menjadi satu sisi positif yang dilihat atau boleh dijual bagi menarik pelabur luar," jelasnya.

Tambah Anis Anwar, terdapat beberapa inisiatif yang boleh diambil sekiranya berlaku pertembungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, di Malaysia mempunyai tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman iaitu mana-mana percanggahan yang tercetus akan dirunding antara pihak tersebut.

"Tapi jika tiada penyelesaian di mahkamah, pihak berkenaan boleh rujuk kepada badan kehakiman untuk memutuskan perkara itu sama ada berpelembagaan atau tidak... atau pun itu adalah termaktub dalam konteks bidang siapa," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!