SG4 bukan saingan PH

Mohd Zuhdi. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
Mohd Zuhdi. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembentukan SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh Perikatan Nasional (PN) tidak dilihat sebagai pesaing buat Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kerana jika Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) empat negeri berkenaan meningkat, ia bakal memberi sumbangan besar kepada nilai KDNK Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, meskipun perkara tersebut diambil kira dari aspek politik PH, beliau tidak menolak kemungkinan bakal berlaku perbalahan atau perseteruan 'tajam' antara pemimpin SG4 dengan UMNO.

Hal ini kerana menurutnya, diskriminasi yang berlaku terhadap Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini didakwa pernah dilakukan oleh ketua-ketua bahagian UMNO contohnya soal penarikan royalti serta isu mewujudkan jabatan pembangunan Persekutuan.

“Walaupun tidak dilakukan oleh pemimpin tertinggi UMNO, ia digerakkan segelintir ketua bahagian atau 'Little Napoleon'. Jadi, merekalah yang mendesak supaya jangan beri kelulusan, peruntukan dan kemudahan kepada empat negeri ini.

Wacana Sinar edisi 454 bertajuk 'SG4: Antara Potensi dengan Kontroversi' yang disiarkan secara langsung bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
Wacana Sinar edisi 454 bertajuk 'SG4: Antara Potensi dengan Kontroversi' yang disiarkan secara langsung bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

“Kalau ada halangan terhadap SG4, saya lihat ia bukan daripada kabinet atau pimpinan PH sebab mereka pun tahu bagaimana semangat federalisme ini pernah dicabuli sewaktu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih bersama dahulu.

“Tetapi, ia datang daripada pecahan UMNO, itu pun bukan UMNO di peringkat Persekutuan, sebaliknya ketua bahagian di negeri terbabit,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi 454 bertajuk 'SG4: Antara Potensi dengan Kontroversi' yang disiarkan secara langsung, bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Panelis lain yang terlibat sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Muhtar Suhaili dan Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi serta dihoskan oleh Ismail Adnan.

Penubuhan SG4 bertujuan membangunkan pelan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di empat negeri ditadbir PN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.

Sidang kemuncaknya pada Isnin lalu juga memfokuskan tentang inisiatif memajukan industri memproses unsur nadir bumi (REE).

Zuhdi bagaimanapun berpandangan, beliau lebih gemar sekiranya kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (G2G) bekerja secara federalisme kerana semangat kenegaraan perlu dihormati.

“Bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Persekutuan dan GLC kerajaan negeri, ia perlu bergerak atas dasar profesionalisme atau tadbir urus baik.

“Saya lihat inilah ramuan yang penting untuk memacu ekonomi SG4 ini,“ ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!