Malaysia, Rusia setuju komuniti antarabangsa tingkat tekanan tamat genosid di Gaza

Anwar bersalaman dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 hari ini. Foto Bernama
Anwar bersalaman dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 hari ini. Foto Bernama
A
A
A
VLADIVOSTOK - Malaysia dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.

"Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam catatan di X, hari ini.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini hari ini.

Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!