Perhilitan Perak berjaya tangkap 10 gajah liar

Anak gajah betina antara 10 ekor gajah liar yang berjaya ditangkap Perhilitan Perak di Gerik. Foto Perhilitan Perak
Anak gajah betina antara 10 ekor gajah liar yang berjaya ditangkap Perhilitan Perak di Gerik. Foto Perhilitan Perak
A
A
A

GERIK - Sebanyak 10 ekor gajah liar termasuk seekor anak gajah betina dianggarkan berusia empat bulan berjaya ditangkap di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang dekat sini.

Konflik kawanan gajah itu mula dilaporkan sejak awal tahun sebelum ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dalam tempoh tiga hari bermula Ahad lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi berkenaan merupakan tangkapan kumpulan gajah terbesar di Perak untuk tahun ini.

"Kumpulan gajah ID Belum ini memang dalam perhatian sejak beberapa bulan lalu selepas menerima aduan daripada penduduk sekitar kawasan Bandariang.

Operasi translokasi kesemua 10 ekor gajah di Gerik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Khamis. Foto Perhilitan Perak
Operasi translokasi kesemua 10 ekor gajah di Gerik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Khamis. Foto Perhilitan Perak

"Malah, beberapa tangkapan di kawasan sama pernah dilakukan sebelum ini. Kaedah kawalan telah dilaksanakan oleh kakitangan Pejabat Perhilitan Daerah Gerik sebelum berjaya ditangkap," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurut beliau, operasi translokasi kesemua gajah dianggarkan berusia empat bulan hingga 35 tahun itu akan dilaksanakan bermula pada Khamis.

"Operasi dijangka akan mengambil masa enam hari bagi memindahkan lima gajah jantan dan lima gajah betina yang melibatkan 27 kakitangan dari Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.

Artikel Berkaitan:

"Khidmat gajah denak, Abot dan Rambai diperlukan bagi melancarkan operasi tersebut selain bergantung kepada faktor cuaca semasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!