Tidak langgar peraturan FIFA, AFC - Windsor
SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John menegaskan tidak menjadi kesalahan sekiranya berlaku pemisahan pengoperasian antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan skuad bola sepak negara, Harimau Malaya.
“Ini struktur dalaman FAM cara bagaimana mereka menguruskan operasi bola sepak di Malaysia. Dan ini juga tidak melanggar sebarang sebarang peraturan-peraturan yang terdapat di FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) mahu pun AFC.
“Lainlah jika FAM itu sendiri diswastakan, itu tidak dibenarkan sama sekali,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Ketika ditanya sekiranya dilaksanakan pemisahan berkenaan satu perkembangan positif untuk kemajuan bola sepak Malaysia, Windsor berkata: “Saya tidak boleh beri komen sebab FAM belum maklumkan sebarang perkembangan berkenaan perkara ini kepada AFC.”
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!