Tarik tudung isteri hingga tertanggal hanya kerana minta beli gincu

Insiden itu dirakamkan CCTV pasar raya mini tersebut dan menjadi tular. Foto Agensi
Insiden itu dirakamkan CCTV pasar raya mini tersebut dan menjadi tular. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah rakaman yang menjadi tular menunjukkan seorang lelaki tergamak menarik tudung isterinya hanya kerana mangsa meminta gincu.

Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.

Klip itu menunjukkan sepasang suami dan isteri (pasutri) sedang membeli barangan di premis itu.

"Wanita itu secara tiba-tiba mahu bergegas keluar ketika suaminya sedang berada di kaunter bayaran. Lelaki itu kemudiannya mengejar isterinya lalu menarik tudungnya hingga tercabut.

"Pasutri itu akhirnya bertengkar di hadapan juruwang. Wanita itu cuba lagi mahu keluar dari pasar raya mini tersebut, namun dihalang suaminya. Mereka kembali berkelahi selepas isterinya tetap berdegil.

"Lelaki itu menarik isterinya kembali ke kaunter untuk menyelesaikan pembayaran," lapor Tribunjabar.id pada Selasa.

Drama pasutri itu turut mengejutkan juruwang dan staf lain di premis berkenaan.

"Rupa-rupanya mereka bertengkar hanya kerana isterinya meminta izin mahu membeli lipstik," ujar laporan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu bagaimanapun meraih pelbagai reaksi warganet dan ada yang mengutuk tindakan lelaki itu yang sanggup mengasari isterinya kerana gincu.

"Jika mereka alami masalah kewangan, maka si suami juga tidak boleh dibenarkan beli rokok. Ada individu yang sanggup berhabis wang membeli rokok berbanding makanan," kata seorang pengguna media sosial. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!