Terhibur tengok dua seteru politik bertarung di atas padang

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan, kanan) bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (depan, kiri) bergambar bersama selepas perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan MB Selangor menentang pasukan pilihan MB Kedah di Padang Pusat Latihan Selangor FC Seksyen 5 Shah Alam, pada Selasa. Foto Bernama
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan, kanan) bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (depan, kiri) bergambar bersama selepas perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan MB Selangor menentang pasukan pilihan MB Kedah di Padang Pusat Latihan Selangor FC Seksyen 5 Shah Alam, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SEDAR tak sedar, sudah enam hari kita menyambut hari kemerdekaan negara. Seronok melihat semangat seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun merdekanya Malaysia pada Sabtu lalu.

Cecah sahaja jarum jam di angka 12 tengah malam 31 Ogos, berduyun-duyun tembakan bunga api di udara. Esoknya pula rakyat dijamu dengan perbarisan dan dipertontonkan aset-aset ketenteraan negara.

Namun, cerita kemerdekaan yang Merak Jalanan hendak kongsi ini agak unik dan tidak kurang menarik juga.

Mungkin ada yang tahu atau sebaliknya, dua pemimpin yang ‘berseteru’ telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan pada Selasa di Selangor.

Aksi persahabatan membabitkan pasukan yang diketuai Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pasukan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu berlangsung meriah serta sengit. Perlawanan persahabatan itu diadakan sempena lawatan rasmi kerajaan negeri Kedah ke Selangor.

Mengikut pemerhatian Merak Jalanan, perlawanan antara kedua-dua pasukan ahli politik berlainan bendera itu amat menarik. Ini kerana yang mengepalai kedua-dua pasukan adalah individu bergelar Menteri Besar, juga mewakili negeri dan parti politik masing-masing.

Seorang mempunyai karakter periang dan ‘hemoi’ dan seorang lagi berpewatakan budiman. Kedua-dua individu ini bertemu dan merebut gawang gol dalam satu gelanggang.

Merak Jalanan yang jarang-jarang sekali menonton perlawanan bola sepak pun terpanggil menonton di laman sosial.

Bukan kerana minat dengan pasukan itu tetapi sifat ingin tahu itu lebih kepada bagaimana dua pasukan ‘bukan pilihan’ itu bertarung di atas padang.

Artikel Berkaitan:

Memang nampak agak kelakar tetapi ada juga sisi positifnya.

Merak Jalanan setuju dengan kenyataan Amirudin bahawa perbezaan parti politik bukan halangan untuk mereka beramah mesra dalam acara sukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!