Empat maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
GEORGIA - Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera dalam insiden tembakan di Sekolah Menengah Apalachee, Winder, Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Pengarah Biro Siasatan Georgia, Chris Hosey, dua pelajar dan dua guru terkorban dalam kejadian tersebut.
Laporan CNN menyatakan suspek, Colt Gray, seorang remaja berusia 14 tahun, akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
Suspek telah ditahan, namun masih belum dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelajar di sekolah itu.
Semua sekolah di daerah tersebut kini diletakkan di bawah perintah berkurung, dengan polis ditempatkan di setiap sekolah menengah sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun tiada laporan insiden tambahan.
Mangsa yang cedera parah telah dibawa keluar menggunakan helikopter, dengan beberapa helikopter tambahan disediakan jika diperlukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!