Ten Hag jangka dipecat sebelum Krismas

Erik Ten Hag
Erik Ten Hag
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Teddy Sheringham memberikan pandangan sebab Erik Ten Hag tidak cukup bagus untuk terus mengekalkan tugasnya di Old Trafford dan meramalkan pengendali kelahiran Belanda itu akan dipecat menjelang Krismas.

Bekas pengurus Ajax itu menyertai Red Devils pada 2022 dan telah mengharungi beberapa musim yang sukar selain mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelapan dengan hanya 60 mata musim lalu.

Dia berdepan kemungkinan untuk dipecat pada pada penghujung musim lalu tetapi kemenangan 2-1 menentang pencabar Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA berjaya menyelamatkannya.

Selepas membawa masuk beberapa pemain, peminat berharap Ten Hag dapat mengubah keadaan, tetapi kekalahan teruk kepada Brighton dan Liverpool dalam tiga perlawanan pertama telah menyebabkan masa depannya di kelab itu kembali terumbang ambing.

"Apabila anda menduduki tempat kelapan dalam EPL musim lalu, itu jelas tidak cukup bagus untuk Man United. Anda perlu mengubah apa yang berlaku.

"Apabila anda melihat keadaan tidak konsisten musim lalu tanpa sebarang keraguan dalam tiga perlawanan pertama musim ini, anda boleh lihat tiada perubahan apa-apa.

"Pemain berbeza, mungkin. Tetapi masih tiada perubahan dalam falsafah, dan cara Erik ten Hag mahu pasukan bermain. dia tidak cukup bagus untuk United," katanya.

Ten Hag memerlukan perubahan segera kepada pasukan selepas rehat antarabangsa minggu ini dengan tekanan semakin memuncak ke atas kedudukannya sebagai pengurus pasukan Old Trafford itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!