Selepas 21 tahun, Messi, Ronaldo tidak tersenarai dalam Ballon d'Or

RONALDO (kiri), MESSI
RONALDO (kiri), MESSI
A
A
A

BUAT pertama kali sejak 2003, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak tersenarai dalam pencalonan untuk anugerah Ballon d'Or yang diumumkan pada Khamis.

Ronaldo dari Portugal yang telah memenangi lima kali anugerah itu juga gagal menerima pencalonan tahun lalu manakala Messi yang menang untuk rekod kali kelapan pada 2023 dan telah dicalonkan sebanyak 16 kali, terlepas peluang walaupun Argentina memenangi Copa America tahun ini.

Sepanyol yang memenangi Euro 2024 mempunyai enam pemain yang dicalonkan termasuk pemain sayap Barcelona berusia 17 tahun, Lamine Yamal, bersama Nico Williams, Alejandro Grimaldo, Dani Olmo, Rodri dan Dani Carvajal yang turut memenangi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Real mempunyai tujuh pemain yang dicalonkan termasuk Kylian Mbappe yang baru menandatangani kontrak dari Paris St Germain dengan Bellingham dan Vinicius Junior dari Brazil antara calon lain dari kelab Sepanyol itu.

England yang muncul naib juara Sepanyol di Euro 2024 mempunyai enam calon iaitu Jude Bellingham, Harry Kane, Bukayo Saka, Declan Rice, Cole Palmer dan Phil Foden.

Dalam Ballon d'Or kategori wanita, juara Liga Juara-Juara Barcelona mempunyai enam calon secara keseluruhan, termasuk pemenang tahun lalu Aitana Bonmati dan pemenang dua kali Alexia Putellas.

Majlis Anugerah Ballon d'Or 2024 untuk menobatkan pemain terbaik dunia akan berlangsung pada 28 Oktober di Paris.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!