Lelaki cedera ditetak akibat selisih faham isu parkir

Tangkap layar video tular menyaksikan pergaduhan dua lelaki dipercayai disebabkan perselisihan faham akibat halangan parkir di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
Tangkap layar video tular menyaksikan pergaduhan dua lelaki dipercayai disebabkan perselisihan faham akibat halangan parkir di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham melibatkan halangan parkir di kawasan perumahan dipercayai punca seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian di pekan Kepong dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm).

"Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan.

"Berikutan itu, suspek telah ditahan di lokasi kejadian kira-kira jam 6.45 petang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tular beberapa rakaman video di laman media sosial X berhubung kejadian tersebut.

Video rakaman orang awam itu memaparkan pergaduhan antara dua lelaki terbabit sebelum berakhir dengan salah seorang daripada mereka cedera akibat diserang menggunakan pisau.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Perselisihan faham melibatkan halangan parkir di kawasan perumahan dipercayai punca seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian di pekan Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dan suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm). Menurutnya, suspek telah ditahan di lokasi kejadian kira-kira jam 6.45 petang dan siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. #SinarHarian#SinarTerkini#VideoViral#Parking#Gaduh#KualaLumpur#Polis original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!