Sindiket bawa masuk warga asing: Dua lagi penguat kuasa ditahan SPRM

Azam Baki (kiri), Laporan Sinar Harian
Azam Baki (kiri), Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lagi penguat kuasa yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kerana dipercayai terbabit rasuah melibatkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Sumber berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan pada jam 6.30 pagi ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Susulan penahanan itu, katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa bagi tahanan reman.

"Perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ke atas suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim," katanya pada Khamis.

Tambahnya, kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak 2016 dan menerima bayaran secara tunai antara RM300 hingga RM2,500 sebagai balasan untuk melepaskan warga asing masuk menggunakan modus operandi 'counter setting'.

Jelasnya, tahanan itu adalah susulan daripada lima suspek termasuk tiga penguat kuasa yang ditahan reman pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, penguat kuasa yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebaik berakhir tempoh reman masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan terbabit dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM sedang giat mengesan suspek utama iaitu Roney Irwan Mohamad Nor yang berusia 49 tahun dengan alamat terakhir di C-T02-U03, Fasa P18R13, Presint 18, Putrajaya.

Ringkasan berita:

  • Dua lagi penguat kuasa KLIA ditahan SPRM terkait sindiket bawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan sah.
  • Kedua suspek, lelaki berusia 30 hingga 40-an, ditahan pada Selasa dan direman empat hari hingga Jumaat.
  • Suspek disyaki menerima rasuah sejak 2016, dengan bayaran antara RM300 hingga RM2,500 menggunakan modus operandi 'counter setting'.
  • Tahanan susulan dari lima suspek yang ditahan sebelumnya, termasuk tiga penguat kuasa yang telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
  • SPRM mengesan suspek utama, Roney Irwan Mohamad Nor, yang masih bebas.
Dijana oleh AI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!