Tuah beli kerusi urut CUCKOO, ibu tunggal menang rumah bernilai lebih RM550,000
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang ibu tunggal, Jubaidah Chan tidak pernah membayangkan hadiah hari jadi sebuah kerusi urut CUCKOO daripada anaknya membolehkannya memenangi sebuah rumah baharu bernilai lebih setengah juta ringgit.
Jubaidah memenangi hadiah utama peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo 2024 dianjurkan CUCKOO International dan menjadi pemilik sebuah Pangsapuri Servis Grand Ion Majestic oleh NCT Group, bernilai lebih RM550,000.
"Saya tak percaya malah, saya cuba memberitahu anak-anak saya yang ini tidak benar kerana ia nampak mustahil. Saya tak pernah menang apa-apa seumur hidup saya, jadi ini memang kejutan yang amat besar.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana diberkati dengan anak-anak yang menghadiahkan saya kerusi urut CUCKOO BESPOKE untuk hari jadi saya, kemudian dikejutkan pula dengan hadiah utama ini dan saya sangat bersyukur," ujar Jubaidah.
Peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo dilancarkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan CUCKOO atas kesetiaan dan sokongan sambil memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan lebih sihat.
Untuk menyertai peraduan, pelanggan hanya perlu membeli dan memasang produk CUCKOO dalam tempoh peraduan, di mana penyertaan mereka akan dibuat secara automatik.
Memasuki edisi ketiga, peraduan pada kali ini menampilkan hadiah utama dengan sebuah pangsapuri servis dan hadiah pertama berupa sebuah rumah teres dua tingkat.
Sementara itu, hadiah pertama peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo 2024 pula dimenangi Rabbani Syarwan yang menerima hadiah sebuah rumah teres dua tingkat lon Belian Garden oleh NCT Group, bernilai lebih RM450,000.
Rabbani berkata, dia merancang untuk menjadikan rumah baharunya itu sebagai rumah percutian kerana ia terletak berdekatan dengan Genting Highlands yang turut menawarkan pelbagai tarikan.
"Saya tak sabar untuk merancang percutian kami yang akan datang di situ dan mencipta memori yang tak dapat dilupakan bersama keluarga saya. Terima kasih CUCKOO dan NCT Group kerana memberikan peluang ini," kata Rabbani.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon turut menzahirkan keterujaannya terhadap pemenang peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo pada tahun ini.
"Peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami selama bertahun-tahun. Disebabkan sokongan inilah, kami mampu meraikan ulang tahun ke-10 kami pada tahun ini dan terus menjadi 'Healthy Home Creator' untuk semua rakyat Malaysia.
"Saya tumpang gembira melihat pemenang-pemenang peraduan ini dan saya berharap hadiah-hadiah ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka sekeluarga.
"Kami akan terus bernekad untuk membawa nilai terbaik kepada semua pelanggan dengan memastikan mereka bukan sahaja menikmati produk dan servis kami, tetapi juga berasa benar-benar dihargai," ujarnya.
Beliau menambah, ia juga adalah sebahagian daripada janji syarikat berkenaan untuk terus memperjuangkan dan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, di NCT Group, mereka bukan sahaja membina rumah tetapi juga komited untuk membina komuniti dan memperkayakan masyarakat.
"Melalui peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo, kami sangat berbangga kerana dapat berbakti dengan cara yang lebih bermakna sambil membuktikan dedikasi kami dalam mencipta nilai untuk pelanggan-pelanggan kami dan komuniti secara keseluruhan.
"Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada detik yang mengubah hidup pemenang serta menjadikan impian pemilikan rumah suatu realiti bagi mereka, sambil menegakkan taraf baru untuk gaya hidup yang mampan dan mewah," ujarnya.
Peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo 2024 bukan sahaja menyambut kesetiaan pelanggan, malah ia juga meraikan komitmen CUCKOO International yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
CUCKOO International bukan sahaja menawarkan produk menggalakkan rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan lebih sihat dan juga berdedikasi menyampaikan pengalaman yang memberi kesan positif berkekalan kepada kehidupan pelanggan sepanjang 10 tahun beroperasi.
Selari dengan sambutan ulang tahun ke-10, CUCKOO International merancang pelbagai aktiviti untuk meraikan ulang tahunnya.
Ini termasuk CUCKOO TENtastic Deal yang menawarkan pelbagai diskaun eksklusif, program komuniti untuk membantu mereka yang memerlukan dan pelbagai aktiviti menarik lain yang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!