5,941 kes penipuan dalam talian di Pahang

Pahang merekodkan sebanyak 5,941 kes penipuan dalam talian dalam tempoh 2021 hingga Mei lalu.
Pahang merekodkan sebanyak 5,941 kes penipuan dalam talian dalam tempoh 2021 hingga Mei lalu.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 5,941 kes penipuan dalam talian direkodkan di Pahang membabitkan jumlah kerugian RM114.6 juta dalam tempoh 2021 hingga Mei lalu.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, Kuantan merekodkan jumlah kes paling tinggi iaitu sebanyak 2,470 kes dengan kerugian RM51.8 juta.

Chong Siang
Chong Siang

"Kerugian kedua tertinggi di Bentong (RM17.8 juta), diikuti Temerloh (RM12.8 juta), Raub sebanyak RM7.2 juta dan Cameron Highlands pula RM5.2 juta," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN-Inderapura) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Chon Siang memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah mengadakan pameran pencegahan kepada semua agensi mahupun kerajaan atau swasta dalam usaha mengatasi masalah terbabit.

Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa bekerjasama dengan agensi luar untuk memberikan ceramah berkaitan penipuan jenayah siber.

“Dalam tempoh Januari hingga Mei lalu, sebanyak 12 pameran dan 86 ceramah pencegahan diadakan di seluruh Pahang.

Artikel Berkaitan:

“PDRM Pahang juga menggunakan platform media sosial untuk memberikan maklumat pencegahan jenayah siber dan modus operandi terkini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Rosli Abdul Jabar (Pas-Tanjung Lumpur) mengenai tangkapan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan terbabit, Chong Siang berkata, terdapat kesukaran untuk mengesan penjenayah.

Bagaimanapun katanya, pihak polis sentiasa berusaha melakukan siasatan terhadap kes yang dilaporkan.

“Biasanya selepas terima laporan polis, kita akan buat siasatan. Tetapi kebiasaannya akaun diberikan adalah akaun yang telah disalahgunakan, jadi susah nak tangkap.

“Tapi, pihak polis akan siasat dan ambil tindakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!