Hutan simpan perlu diganti, jika dibangunkan - Wan Rosdy

Wan Rosdy pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan pada Khamis.
Wan Rosdy pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengenal pasti lokasi baharu bagi menggantikan hutan simpan yang ingin dibangunkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penggantian itu dibuat sebelum sebarang kebenaran dikeluarkan untuk pembangunan di kawasan terbabit.

Tegasnya, langkah ini bagi memastikan kawasan hutan simpan di negeri ini terus terpelihara.

“Hutan simpan di Negeri Pahang ini, kala diusik, ditebang atau digunakan, ia mesti diganti. Semenjak lima tahun kebelakangan ini, ia bukan diganti atas kertas, maksudnya sudah jumpa kawasan hutan simpan yang diganti, dah kita wartakan, baru boleh diusik.

“Maknanya, kawasan yang kita tebang bagi tujuan buat jalan (Jalan Jerantut-Benta) tersebut,kita sudah kenal pasti untuk penggantian, kalau tidak ada penggantian kita tidak akan benarkan dan hasil daripada penebangan balak tersebut, masuk kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim bertanyakan tentang status projek naik taraf Jalan Jerantut-Benta sepanjang 44 kilometer kepada Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir Razali Kassim.

Menjawab pertanyaan itu, Razali memberitahu pembinaan laluan itu bagi fasa satu hingga segmen tujuh telah siap dilaksanakan pada 25 Mei 2023.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, bagi fasa tiga hingga segmen satu pula dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada 24 Mac 2025.

"Penaiktarafan laluan ini perlu dilaksana memandangkan ia menjadi laluan alternatif kepada pengguna apabila tiba musim banjir," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!