'Saya pilih tak kongsi hal peribadi ' - Syamsul

Syamsul Yusof (kiri) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis.
Syamsul Yusof (kiri) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis.
A
A
A

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof enggan mengulas lanjut tentang perceraian talak satu dengan bekas isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, berkata, dia bersyukur berikutan semuanya selesai dalam keadaan baik.

"Saya pilih tidak kongsi hal peribadi. Tapi kalau ada pihak lain nak komen, itu terpulanglah.

"Saya ada jawapan itu, saya pilih untuk tidak mahu kongsi," katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik.

Syamsul memberitahu, dia berterima kasih kepada pihak yang sentiasa memberikan sokongan.

"Saya terima mesej, ramai mendoakan yang baik-baik dan saya ucapkan terima kasih," jelasnya ringkas.

Sementara itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, enggan memberi sebarang komen dan hanya meluahkan rasa syukur selepas semua urusan perceraiannya berjalan lancar.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ira (kanan) tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
Ira (kanan) tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan Syamsul dan Ira bercerai talak satu pada Khamis.

Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira selepas wujud pelanggaran taklik.

Terdahulu Syamsul memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 19 Ogos lalu.

Sebelum ini Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

CAPTION

Syamsul tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Ira (kanan) tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!