Jauhi kawasan tanah jerlus Jalan Masjid India - Polis

Lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India masih dalam kawalan pihak polis. Gambar kecil: Rusdi
Lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India masih dalam kawalan pihak polis. Gambar kecil: Rusdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran kepada orang awam agar tidak menghampiri, meninjau dan membuat kandungan media sosial di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India dekat sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menempatkan anggota berkawal di kawasan terbabit supaya kerja-kerja agensi lain tidak terganggu.

“Kita tidak mahu orang ramai pergi meninjau dan buat ‘content’ TikTok di kawasan tanah jerlus terbabit, kalau boleh jauhi terus tempat itu.

“Kita ingatkan orang ramai bahawa tempat ini masih dalam kawalan pihak polis dan jangan bahayakan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, seorang pelancong dari India, G Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus ketika berjalan kaki di lokasi terbabit.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita terbabit bermula sejak 23 Ogos dan ditamatkan sembilan hari kemudian selepas kerajaan mengkaji semula laporan daripada semua agensi berkaitan operasi berkenaan.

Berhubung isu tanah runtuh di Wangsa Maju, Rusdi berkata, kerja ujian tanah sedang dibuat sebelum proses memasang cerucuk dilakukan disepanjang tebing yang terlibat.

“Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah keluarkan notis kepada 14 rumah terlibat dikosongkan, manakala tiga rumah boleh diduduki,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Seramai 52 penghuni di 17 unit kediaman rumah teres yang terletak di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn di sini telah diarahkan berpindah susulan tanah runtuh yang berlaku pada 22 Ogos lalu.

@sinarharianonline

Jauhi kawasan tanah jerlus Jalan Masjid India - Polis BULETIN TIKTOK 5 SEPTEMBER 2024 Polis memberi amaran kepada pihak awam agar tidak menghampiri, meninjau dan membuat kandungan media sosial di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengatakan beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menempatkan anggota berkawal di kawasan terbabit supaya tugas-tugas agensi lain tidak terganggu. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #TanahJerlus #MasjidIndia #Konten #MediaSosial #TikTok #Polis #RusdiIsa

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!