Bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan dalam beg

Keadaan bayi yang masih i bertali pusat ditinggalkan dalam dalam sebuah beg. Foto Ihsan PDRM
Keadaan bayi yang masih i bertali pusat ditinggalkan dalam dalam sebuah beg. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

KUANTAN - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg berhampiran tepi pagar Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Terencat Akal Alor Akar Kuantan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bayi tersebut ditemui kakitangan lelaki rumah itu kira-kira jam 7.30 pagi selepas terdengar tangisan ketika keluar daripada rumah perlindungan terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya pergi melihat dan terdapat seorang bayi ditinggalkan dalam beg di luar pagar sebelum menghubungi pihak polis.

"Bayi itu dijumpai dalam dalam beg warna hitam tanpa berpakaian dan hanya diletakkan baju di tepi bayi serta masih bertali pusat.

"Tiada kesan kecederaan lain pada tubuh badan bayi, namun kulit bayi telah menjadi kebiruan akibat kesejukan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan oleh individu tidak dikenali pada jam 10 malam, Rabu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat terbabit.

Bayi perempuan yang ditemui oleh kakitangan rumah perlindungan kira-kira jam 7.30 pagi pada Khamis. Foto Ihsan PDRM
Bayi perempuan yang ditemui oleh kakitangan rumah perlindungan kira-kira jam 7.30 pagi pada Khamis. Foto Ihsan PDRM

Jelasnya, dalam rakaman itu kelihatan sebuah kereta dan seorang individu disyaki lelaki berjalan kaki dan meletakkan sesuatu di lokasi sebelum beredar menaiki kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Bayi itu telah dibawa ke HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) dengan ambulans dan pihak JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat) Kuantan juga telah dimaklumkan.

"Sampel darah bayi akan diambil untuk perbandingan DNA (asid deoksiribonukleik)," katanya lagi kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, maklumat kejadian telah disalurkan kepada pasukan detektif untuk mendapatkan maklumat di sekitar tempat kejadian dan mengesan suspek selain merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!