DBKL sita barangan penjaja tanpa lesen, halang laluan

Barangan dan peralatan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi. Foto DBKL
Barangan dan peralatan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan milik penjaja asing yang menghalang laluan di sekitar Desa Tasik dan Jalan Tasik Selatan 20, Bandar Tasik Selatan di sini.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan tersebut dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.

"Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat tujuh kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah DBKL.

DBKL turut memuat naik gambar sekitar operasi dijalankan. Foto DBKL
DBKL turut memuat naik gambar sekitar operasi dijalankan. Foto DBKL

"Antara barangan disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, tong gas dan lain-lain peralatan," menurut kenyataan itu di laman Facebook pihak berkuasa tempatan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, barangan dan peralatan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi serta tindakan selanjutnya.

Susulan itu, tambah kenyataan itu, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri tindakan khas di 11 Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!