PMOBOR terus sokong syarikat Malaysia melabur di China

Ismail Sabri (tengah) hadir pada program tersebut sempena rangka lawatan kerja ke China selama 12 hari.
Ismail Sabri (tengah) hadir pada program tersebut sempena rangka lawatan kerja ke China selama 12 hari.
A
A
A

PERSATUAN Muafakat One Belt One Road (PMOBOR) akan terus menyokong mana-mana perusahaan dan syarikat dari Malaysia untuk meneroka peluang di China terutamanya di bawah Belt and Road Initiatives (BRI).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan tersebut mempunyai jaringan yang luas bagi membantu golongan perniagaan dan pemain industri untuk menembusi pasaran China.

Ismail Sabri berucap pada program tersebut di Beijing, China.
Ismail Sabri berucap pada program tersebut di Beijing, China.

Beliau yang juga Penaung PMOBOR berkata, sebagai contoh syarikat jualan langsung, CNI kini berada dalam Top 20 di China dan meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan Top 10 dalam masa lima tahun.

“Dengan inisiatif BRI, PMOBOR yakin dan percaya CNI akan terus berjaya dan kekal kukuh di persada antarabangsa serta meningkatkan hubungan dua hala khususnya perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada CNI kerana telah berkembang begitu pesat dan berjaya dalam pelbagai bidang hingga berjaya bertapak di China dan meluaskan sayap perniagaannya di negara ini,” katanya.

Ismail Sabri hadir pada program bertemu dengan 500 vendor CNI di Beijing, China.
Ismail Sabri hadir pada program bertemu dengan 500 vendor CNI di Beijing, China.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan 500 vendor CNI di China pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ismail Sabri bersama delegasi PMOBOR dalam rangka lawatan kerja ke negara itu selama 12 hari bermula kelmarin.

Lawatan kerja sempena 50 Tahun Hubungan Malaysia - China itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam sektor perdagangan, sekali gus membuka peluang-peluang baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!