BSMM derma RM306,000 untuk pembangunan semula Palu

BSMM menyerahkan cek kepada pihak PMI yang turut disaksikan oleh Pengerusi BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Muadzam.
BSMM menyerahkan cek kepada pihak PMI yang turut disaksikan oleh Pengerusi BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Muadzam.
A
A
A

SHAH ALAM - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyalurkan derma sebanyak RM306,000 kepada Palang Merah Indonesia (PMI) dalam usaha memulihkan beberapa pusat pembelajaran dan fasiliti awam di Palu, Sulawesi susulan gempa bumi sekuat 7.4 skala Richter yang mengorbankan lebih 2,100 nyawa pada September 2018.

Setiausaha Agungnya, Hakim Hamzah berkata, walaupun kejadian tersebut berlaku enam tahun lalu, namun proses pemulihan masih banyak yang perlu dilakukan.

Menurutnya, terdapat tiga fasiliti pendidikan yang perlu dibaik pulih di bawah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.

“Kesan daripada kejadian itu menyebabkan ramai anak-anak yang tidak dapat ke sekolah kerana kekangan fasiliti yang masih belum dibaiki.

“Selain itu, terdapat empat fasiliti pendidikan di bawah Kementerian Agama Indonesia yang perlu dibaik pulih.

“Fasiliti pendidikan yang perlu dibaiki ini meliputi peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi di sekitar Kota Palu dan Kabupaten Sigi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, menurut Hakim, projek membaik pulih itu akan berlangsung selama lima bulan bermula September 2024 sehingga Januari 2025.

Tambah beliau, pihak PMI juga perlu memberikan laporan audit kewangan sepanjang proses pemulihan itu berlangsung.

Artikel Berkaitan:

“Sepanjang tempoh lima bulan itu, pihak PMI perlu memberikan laporan kewangan bulanan kepada BSM mengenai perbelanjaan yang mereka gunakan dalam proses pemulihan kota ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!