Sila log masuk terlebih dahulu.

Aktiviti pecah rumah dirakam orang awam, Geng Ah Boon tumpas

05 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Perbuatan pecah rumah dilakukan dua suspek yang dirakam orang awam di Taman Setia Jaya, Sungai Petanui, 27 Ogos lalu berjaya menumpaskan Geng Ah Boon yang aktif melakukan kegiatan itu sejak enam bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dua lelaki terbabit dikesan memecah masuk rumah dengan mengambil beberapa barangan milik mangsa antaranya wang tunai berjumlah RM1,811, empat gelang emas, syiling emas, 27 utas jam tangan dan enam botol minyak wangi pelbagai jenama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/684032/berita/semasa/aktiviti-pecah-rumah-dirakam-orang-awam-geng-ah-boon-tumpas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pecahrumah