Banduan liwat rakan dalam penjara kekal hukuman penjara 15 tahun, sebatan

Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan rotan yang dikenakan terhadap seorang banduan yang disabitkan atas kesalahan meliwat rakan selnya.
Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan rotan yang dikenakan terhadap seorang banduan yang disabitkan atas kesalahan meliwat rakan selnya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan rotan yang dikenakan terhadap seorang banduan yang disabitkan atas kesalahan meliwat rakan selnya di penjara Sungai Buloh pada tahun 2018.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah and Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan S. Kalidas, 37, terhadap sabitan dan hukuman penjara tersebut.

Kalidas diperintahkan menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh dia di tangkap iaitu pada 28 November 2018.

Hakim Azmi dalam penghakimannya bertarikh 4 September yang dimuat naik di laman web kehakiman berkata hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen telah membuat pertimbangan yang menyeluruh, adil dan saksama sebelum menjatuhkan hukuman tersebut keatas Kalidas.

"Sudah terang lagi bersuluh tiada alasan untuk kami mencampuri, mengusik atau mengganggu hukuman setimpal tersebut,’ kata beliau.

Beliau juga berkata, mahkamah seharusnya mengenakan hukuman yang berat bagi kes liwat seperti ini kerana kes jenayah seksual membimbangkan dan menjadi ancaman kepada masyarakat umum.

Hakim Azmi berkata, adalah menjadi harapan mahkamah agar hukuman berat yang dijatuhkan dapat mengekang nafsu seks liar manusia yang tidak terkawal seperti dalam kes ini daripada berterusan.

Menurut pertuduhan, Kalidas telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap rakan selnya berusia 21 tahun di blok Damai, Penjara Sungai Buloh pada pukul 12.30 pagi, 12 Oktober, 2018. Kalidas dan mangsa ditahan reman di penjara atas kesalahan dadah.

Artikel Berkaitan:

Pada 5 Ogos, 2021, Mahkamah Sesyen mendapati Kalidas bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta empat sebatan rotan.

Mahkamah Tinggi, pada Julai 25, 2022, menolak rayuan Kalidas dan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!