Geng Thamu, Geng Tongkol masuk jerat polis

Ahmad Sukarno (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampaskan membabitkan Geng Thamu dalam serbuan baru-baru ini.
Ahmad Sukarno (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampaskan membabitkan Geng Thamu dalam serbuan baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Geng Thamu yang aktif dalam jenayah pecah cermin kereta dan melarikan barang berharga tumpas susulan tangkapan dua lelaki di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan dilaksanakan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula jam 4.30 petang.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 50 tahun membabitkan seorang warga tempatan dan warga Pakistan.

"Kita telah merampas sebuah motosikal disyaki diguna suspek dalam jenayah selain beberapa barang kes seperti enam telefon bimbit, 18 komputer riba serta pakaian.

"Nilai rampasan keseluruhan dianggar bernilai RM60,000," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Khamis.

Antara komputer riba yang dirampas dipercayai hasil jenayah dilakukan Geng Thamu.
Antara komputer riba yang dirampas dipercayai hasil jenayah dilakukan Geng Thamu.

Beliau berkata, dengan kejayaan ini, polis telah menyelesaikan 20 kes babit jenayah pecah kenderaan di Kuala Lumpur.

Tambahnya, siasatan mendapati Geng Thamu ini telah aktif sejak awal tahun ini di mana suspek utama memiliki empat rekod lampau.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek telah direman tiga hari sehingga Khamis untuk siasatan Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Antara barang kes yang dirampas membabitkan Geng Tongkol yang terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah.
Antara barang kes yang dirampas membabitkan Geng Tongkol yang terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah.

Dalam kes berlainan, polis turut menumpaskan Geng Tongkol yang terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah.

Ahmad Sukarno berkata, empat lelaki tempatan berusia 18 hingga 20 tahun ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul di Batu Caves, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya, polis telah merampas empat pasang pakaian digunakan suspek semasa melakukan jenayah, telefon bimbit, lima topi keledar, wang tunai kira-kira RM1,300 serta sebuah motosikal.

"Keempat-empat suspek direman sembilan hari sehingga 29 Ogos dan telah diserah kepada IPD Brickfields dan IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!