Kanak-kanak dilaporkan hilang dalam ladang sawit ditemui selamat

Operasi pencarian mangsa yang dilaporkan hilang membabitkan pelbagai pihak pada Rabu di lokasi kejadian.
Pix Ihsan y
Operasi pencarian mangsa yang dilaporkan hilang membabitkan pelbagai pihak pada Rabu di lokasi kejadian. Pix Ihsan y
A
A
A

BENTONG - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di dalam ladang kelapa sawit di Felda Lurah Bilut dekat sini ditemui selamat pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemui kira-kira jam 8 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian.

Zaiham berkata, satu laporan polis diterima daripada bapa kanak-kanak terbabit kira-kira jam 9.55 malam pada Rabu.

"Hasil siasatan awal, pengadu berusia 43 tahun bersama anaknya pergi ke ladang milik keluarga kira-kira jam 4.30 petang.

Anjing pengesan dari Unit K9 Kuantan turut terlibat dalam operasi pencarian kanak-kanak lelaki terbabit di Felda Lurah,Bentong.
Pix Ihsan PDRM
Anjing pengesan dari Unit K9 Kuantan turut terlibat dalam operasi pencarian kanak-kanak lelaki terbabit di Felda Lurah,Bentong. Pix Ihsan PDRM

"Kali terakhir mangsa dilihat pada jam 5.55 petang kira-kira 40 meter dari lokasi bapanya memetik limau kasturi. Lima minit selepas itu, bapanya yang ingin pulang memanggil anaknya tapi tidak disahut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bapa mangsa telah mencari sekitar kawasan ladang namun gagal ditemui.

"Operasi pencarian dilakukan pada jam 11.45 malam melibatkan pihak polis dan pasukan Sahabat selain kehadiran anjing pengesan dari Unit K9 Kuantan ke lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Kanak-kanak terbabit ditemui pada Khamis dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut untuk menjalani pemeriksaan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!