Ajal jatuh pokok petai

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok petai berketinggian 10 meter di sebuah kebun durian dekat Kampung Changkat Perah, Batu Kurau di sini pada Khamis.
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok petai berketinggian 10 meter di sebuah kebun durian dekat Kampung Changkat Perah, Batu Kurau di sini pada Khamis.
A
A
A

LARUT - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok petai berketinggian 10 meter di sebuah kebun durian dekat Kampung Changkat Perah, Batu Kurau di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa, Hafiz Mohd Isa, 54, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di belakang kepala dan calar anggota badan.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja memanjat pokok bagi mendapatkan hasil petai.

"Keadaan mangsa disedari rakannya yang turut berada di kawasan itu.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah melakukan kerja-kerja kebun dan memanjat pokok petai sejak berusia 20 tahun lagi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

"Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!