Dua kumpulan warga Pakistan bergaduh tular di media sosial

Dua kumpulan warga Pakistan bergaduh dan video mereka tular di media sosial.
Dua kumpulan warga Pakistan bergaduh dan video mereka tular di media sosial.
A
A
A

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di media sosial sejak pagi Khamis.

Dalam dua video masing-masing berdurasi 45 saat dan satu minit 18 saat itu memaparkan pergaduhan dua kumpulan yang saling bertumbuk di kawasan kedai di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu lelaki warga Pakistan pada jam 5.06 petang Rabu.

Katanya, laporan tersebut dibuat oleh pengadu yang juga mangsa dalam kejadian berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atay denda jika disabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sammy menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan rakaman video tersebut di mana-mana platform media sosial bagi mengelak kegusaran awam.

"Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkannya terus kepada pihak polis di balai yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!