eConfirm Global tingkat kecekapan proses pengesahan audit

Calvert Wong (tiga dari kanan) bersama pasukan eConfirm.
Calvert Wong (tiga dari kanan) bersama pasukan eConfirm.
A
A
A

SHAH ALAM - Platform pengesahan bank elektronik, eConfirm Global dilancarkan bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan dan keselamatan proses pengesahan audit.

Pengarah Eksekutif di AppAsia, Calvert Wong berkata, pelancaran tersebut menandakan peristiwa penting dalam usaha berterusan untuk memodenkan dan menyeragamkan amalan audit di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, tanggungjawab mereka adalah untuk terus memperbaiki dan berinovasi serta memastikan industri itu berkembang mengikut keperluan.

“Kami bukan sahaja memperkenalkan platform, namun juga menetapkan asas untuk era baharu dalam pengesahan audit.

“Ia akan menyumbang kepada inisiatif ESG dengan mempromosikan amalan perniagaan lestari melalui pendigitalan proses pengesahan audit.

“Ia juga mengurangkan penggunaan kertas, meningkatkan ketelusan dan memupuk operasi yang cekap serta mesra alam untuk institusi kewangan dan juruaudit di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pelancaran yang dilaksanakan pada 3 petang itu turut menghimpunkan tetamu daripada badan audit seluruh dunia termasuk wakil-wakil daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA), Jabatan Audit Negara Malaysia (JAN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Selain itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persekutuan Akauntan ASEAN (AFA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Filipina (PICPA), Institut Akauntan Bertauliah Pakistan (ICAP), Dewan Juruaudit Uzbekistan (chAUz), Dewan Juruaudit Republik Azerbaijan (CAAR), Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Maghribi (OEC-Morocco) dan Institut Juruaudit Koperasi & Pengurusan (ICMA) bersama firma-firma audit terkemuka.

Artikel Berkaitan:

Majlis itu turut menghimpunkan institusi kewangan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, UK, Turkiye dan Kenya.

Tambah Calvert Wong, kejayaan pelancaran itu adalah hasil pembangunan selama bertahun-tahun dengan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam sektor audit serta kewangan.

Ujarnya, eConfirm Global akan terus memperluaskan jangkauanny dengan memacu transformasi digital industri audit.

“Ia juga akan memupuk amalan pelaporan kewangan yang lebih kuat serta boleh dipercayai di seluruh dunia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!