Permulaan baik Harimau Malaya bersama Pau Marti

Aksi pemain Malaysia Daniel Ting (dua, kanan) ketika perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2024, Malaysia menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
Aksi pemain Malaysia Daniel Ting (dua, kanan) ketika perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2024, Malaysia menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
A
A
A

MEMPEROLEHI kemenangan di bawah bimbingan ketua jurulatih yang baru dilantik Pau Marti Vicente adalah penting untuk Harimau Malaya, kata pemain pertahanan negara Daniel Ting.

Daniel berkata, adalah penting bagi pasukan kebangsaan untuk bermula secara positif kerana mereka kini menyesuaikan diri dengan falsafah berbeza di bawah Vicente.

Beliau menambah bahawa persembahan mantap dan kawalan pasukan sepanjang perlawanan merupakan kunci dalam memastikan tempat di final Pestabola Merdeka.

"Saya fikir ia adalah persembahan yang baik daripada kami dan kami mengawal sebahagian besar permainan. Adalah penting untuk mendapatkan kemenangan dengan ketua jurulatih baharu dan bermula dengan cemerlang. Jadi, ia bagus untuk kami," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Mengimbas keputusan positif pada Rabu, Daniel berkata, pertahanan pasukan sangat mantap dan baik ketika mengawal bola.

Ketua jurulatih Pau Marti Vicente. Foto Bernama
Ketua jurulatih Pau Marti Vicente. Foto Bernama

Bagaimanapun, beliau berkata, perlawanan seterusnya menentang Lubnan akan memberi cabaran berbeza berbanding perlawanan sebelumnya.

"Kami bertahan dan mengawal bola dengan baik, tetapi permainan menentang Lubnan akan menjadi lebih fizikal, jadi kami perlu bersedia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga berharap kehadiran penonton yang lebih besar pada perlawanan akhir nanti.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada peminat yang berada di sini malam ini. Ia sentiasa menyenangkan untuk mempunyai penonton di stadium. Sudah tentu bertambah baik jika lebih ramai penyokong dapat hadir, tetapi itu di luar kawalan saya," katanya.

Pada perlawanan akhir Ahad ini, Malaysia di ranking ke-134 dunia akan berdepan Lubnan (113 dunia) yang menewaskan juara bertahan Tajikistan 1-0.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!