'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM

Asyraf (baju biru) menjalankan 'terjahan' di dewan selera MRSM Taiping, Perak.
Asyraf (baju biru) menjalankan 'terjahan' di dewan selera MRSM Taiping, Perak.
A
A
A

SHAH ALAM - Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, satu ‘terjahan’ dijalankan bagi meninjau keadaan penyediaan makanan berikutan seramai 31 pelajar mengalami keracunan sehingga dikejarkan ke hospital pada 30 Ogos lalu.

Menurutnya, pengusaha dewan selera MRSM itu didakwa tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Mara.

“Ini dikatakan ikan tenggiri? Dalam menu yang ditetapkan oleh Mara, menu makan malam ialah ikan tenggiri.

“Antara piawaian itu adalah pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur berada di tahap yang tidak memuaskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Tangkap layar di ruangan komen hantaran Facebook Asyraf menunjukkan gambar ikan tenggiri bagi menu makan malam pelajar.
Tangkap layar di ruangan komen hantaran Facebook Asyraf menunjukkan gambar ikan tenggiri bagi menu makan malam pelajar.

Semasa ‘terjahan’ itu, Asyraf memaklumkan bahawa pelajar membongkar kemalangan sama pernah berlaku tahun lalu mengakibatkan sehingga 50 murid terkesan dengan keracunan makanan.

“Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku. Mereka juga berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan.

Artikel Berkaitan:

“Perkara itu amat mendukacitakan saya,” ujarnya.

Tambah Asyraf, pengusaha dewan makan itu diberi tempoh sehingga Jumaat untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan atau tindakan selanjutnya akan dikenakan.

Ujarnya, beliau tidak akan berkompromi dan bersikap tegas terhadap isu yang melibatkan kesihatan murid-murid.

“Kesihatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak MRSM adalah perkara yang amat saya titik beratkan dan tiada kompromi dalam hal ini.

“Selagi saya menjadi Pengerusi Mara, saya akan pastikan perkara-perkara ini diambil berat oleh pegawai-pegawai demi kebajikan dan keselesaan anak-anak MRSM,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!