Aura Tok Dak menjiwai Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah

Masjid Tok Dak yang menjadi sebahagian Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah berkonsep Melayu Kelantan.
Masjid Tok Dak yang menjadi sebahagian Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah berkonsep Melayu Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Mungkin ramai tidak mengetahui sejarah lokasi Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah pernah didiami kesatria Mataram pada zaman Amangkurat dikenali Tok Dak atau nama sebenarnya, Senopati Dahak.

Menurut mudir pusat berkenaan, Mohd Zainudin Awang, sesuai dengan semangat keberanian Tok Dak, mereka membina maahad itu sebagai contoh kesungguhan pahlawan kepada pelajar.

Mohd Zainudin berkata, lokasi dipilih Tok Dak adalah sebuah kawasan kampung mengadap matahari naik manakala tanahnya rata dan subur serta senang mencari rezeki.

“Penempatan ini kemudian menjadi milik bekas Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara, Mohd Zaki Abdul Rahman sebelum diwakafkan untuk pembinaan maahad dan masjid.

“Perkongsian kisah sejarah ini memberi kekuatan dan dorongan kepada pelajar untuk bersaing menjadi yang terbaik dalam peperiksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Tok Dak meninggal dunia antara akhir 1700-an atau awal 1800-an dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Perol dan batu nisan besar yang menjadi tanda pusaranya terletak kira-kira 350 meter daripada maahad.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam 03120010014432 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah atau menghubungi Mohd Zainuddin di talian 010-9063248.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!