Kos sara hidup meningkat, OKU mohon elaun dinaikkan

Peningkatan kos sara hidup ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bagi sebilangan OKU. Foto hiasan
Peningkatan kos sara hidup ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bagi sebilangan OKU. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta menaikkan elaun bulanan golongan orang kurang upaya (OKU) susulan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Bekas Ahli Parlimen Belia Kedah, Muhammad Haiqal Hazani Abdullah berkata, peningkatan kos sara hidup ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bagi sebilangan OKU.

“Saya mohon elaun OKU individu bekerja dinaikkan daripada RM450 kepada RM550 dan golongan tidak bekerja sebanyak RM300 menjadi RM400 sebulan, seiring peningkatan harga barangan yang menghimpit kehidupan.

“Selain itu, kerajaan dan pihak yang terlibat juga perlu menilai semula syarat untuk permohonan elaun OKU daripada berpendapatan RM1,500 kepada RM1,800 atau RM2,000,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Muhammad Haiqal berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus.

Bekas ahli Parlimen Belia Kedah, Muhammad Haiqal Hazani Abdullah.
Bekas ahli Parlimen Belia Kedah, Muhammad Haiqal Hazani Abdullah.

Ujar beliau, selaras dengan kenaikan tersebut, elaun golongan OKU juga wajar dinaikkan.

“Kali terakhir elaun golongan kami dinaikkan RM50 ialah ketika pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2009 hingga 2018.

Artikel Berkaitan:

“Saya amat berharap kerajaan mempertimbangkan usul saya ini. Bantulah kami dan ringankan beban ditanggung,” katanya yang merupakan OKU mualaf cacat penglihatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!