Seorang lagi lelaki Afrika ditembak mati

Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati sebuah kediaman di Bandar Puchong Jaya, di Serdang, pada Khamis.
Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati sebuah kediaman di Bandar Puchong Jaya, di Serdang, pada Khamis.
A
A
A

SERDANG - Seorang lagi lelaki warga Afrika disyaki ahli kumpulan samun, mati dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah apartment di Bandar Puchong Jaya, di sini, pada Khamis.

Semasa serbuan jam 10.50 malam tadi, suspek dilaporkan cuba menyerang polis dengan melepaskan dua das tembakan sehingga memaksa pihak polis melepaskan tembakan balas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek tersebut antara ahli kumpulan Afrika yang mana seorang daripada mereka pernah ditembak mati pada 20 Ogos lalu.

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily

"Sepasukan pegawai dan anggota JSJ yang menerima maklumat berdasarkan risikan yang dijalankan datang ke lokasi unit kediaman di tingkat sembilan ini untuk memberkas suspek.

"Bagaimanapun, pihak polis tidak mendapat kerjasama ketika hendak menangkapnya malah diserang oleh suspek dengan dua das tembakan dilepaskan dari senjata jenis revolver," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, pada Jumaat.

Mohd Shuhaily berkata, hasil siasatan polis menemui dua bilah parang, beberapa nombor pendaftaran palsu dan sebuah beg mengandungi wang palsu.

"Suspek turut didapati memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)... kita percaya palsu. Umur, kewarganegaraan dan dokumen lain berkaitan suspek masih disiasat.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhan polis telah menembak mati dua ahli kumpulan penjenayah ini selain menahan tiga lagi lelaki warga Afrika," katanya.

Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati sebuah kediaman di Bandar Puchong Jaya, di sini, pada Khamis.
Seorang lelaki warga Afrika ditembak mati sebuah kediaman di Bandar Puchong Jaya, di sini, pada Khamis.

Kumpulan penjenayah sama turut sempat menyamun seorang lelaki warga Jepun yang juga ahli perniagaan, pada 25 Ogos lalu di Mid Valley, ibu negara, hingga mengakibatkan kerugian AS$30,000 (RM130,000).

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Afrika maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Bandar Sunway, Subang Jaya.

Siasatan mendapati suspek dalam kes di bandar Sunway itu sebahagian daripada kumpulan dianggotai lebih 10 orang yang terbabit 45 kes jenayah sejak 2018 yang membabitkan kerugian RM8 juta.

Modus operandi kumpulan terbabit adalah mengiklankan khidmat transaksi menerusi media sosial termasuk menjual barang kemas, pertukaran wang asing serta beberapa perniagaan lain.

Suspek akan bertemu mangsa di hotel dan diarah ke lokasi seterusnya menaiki kenderaan bersama, sebelum ahli kumpulan lain menyerang menggunakan senjata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!